Anwar beri sumbangan kepada aktivis reformasi Bob Kelana Jaya

Farhan (kanan) mewakili Anwar menyampaikan sumbangan kepada Azman.
Farhan (kanan) mewakili Anwar menyampaikan sumbangan kepada Azman.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Azman Hassan atau dikenal dengan panggilan Bob Kelana Jaya, seorang aktivis awal era reformasi yang kini menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.

Menerusi catatan di Facebook pada Sabtu, Perdana Menteri berkata, sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi baru-baru ini untuk membantu urusan harian dan perubatan Bob.

"Saudara Bob tidak lagi mampu bekerja seperti dahulu dan mengesankan punca pendapatan beliau terutamanya untuk menampung kos rawatan dialisis dan ubat.

"Sebagai sebahagian dari kerangka Ziarah Madani, saudara Farhan telah melawat saudara Bob baru-baru ini dan telah pun menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak saya,” katanya.

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar Bob dikurniakan kesembuhan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!