Rumah setinggan enam pintu musnah dalam kebakaran
JOHOR BAHRU - Sederet rumah setinggan enam pintu di Jalan Surau, Kampung Melayu Pandan di sini musnah dalam kebakaran pada 10.13 pagi tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 Sufian Md Lis berkata, 33 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Tebrau, Larkin dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela Mount Austin dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati premis berkenaan telah terbakar 90 peratus.
"Kebakaran ini juga melibatkan sebuah kedai runcit dengan 10 peratus bahagian kedai terbakar,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan operasi ditamatkan pada 1.40 petang. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!