Gempar jumpa rangka manusia tepi pantai

Siasatan awal polis mendapati rangka manusia itu dalam keadaan tidak sempurna selain tiada sebarang dokumen pengenalan diri. (Gambar kecil: Vijaya)
Siasatan awal polis mendapati rangka manusia itu dalam keadaan tidak sempurna selain tiada sebarang dokumen pengenalan diri. (Gambar kecil: Vijaya)
A
A
A

KLANG - Kawasan tepi laut dekat Kampung Bagan Hailam, Tanjung Harapan di sini digemparkan dengan penemuan rangka manusia pada Sabtu.

Rangka yang dalam keadaan tidak sempurna itu ditemui orang awam sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, penemuan rangka terbabit dilaporkan orang awam kira-kira jam 2 petang.

"Anggota polis bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati rangka manusia itu dalam keadaan tidak sempurna selain tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, polis memohon orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya berhubung dengan pihaknya bagi semakan lanjut.

"Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi Balai Polis Bandar Sultan Suleiman di talian 03-31767622.

"Selain itu, sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Kamarul Hadi Che Harun di talian 011-69821395," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!