7 individu termasuk wanita hamil nyaris maut, kereta dihempap pokok


Perodua Kancil yang dinaiki wanita sarat mengandung remuk akibat dihempap pokok dalam kejadian ribut kuat di Pantai Kempadang pada Sabtu.
Perodua Kancil yang dinaiki wanita sarat mengandung remuk akibat dihempap pokok dalam kejadian ribut kuat di Pantai Kempadang pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Tujuh individu termasuk seorang wanita sarat mengandung nyaris maut selepas dua kenderaan dihempap pokok dalam kejadian ribut di Pantai Kempadang di sini pada petang Sabtu.

Kejadian ribut yang disusuli hujan lebat dan petir kira-kira 3 petang itu menyebabkan hampir 20 pokok tumbang selain merosakkan semua gerai penjaja di pusat peranginan tersebut.

Seorang mangsa, Zulfatihah Zainuddin, 31, berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan bersyukur semua ahli keluarga selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, cermin belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra yang dinaikinya pecah akibat terkena objek keras dalam kejadian itu.

"Saya tidak tahu benda (objek) apa hempap cermin ketika saya sedang mengalihkannya di kawasan pesisiran pantai di sini.

Pokok yang tumbang dalam kejadian ribut kuat di Pantai Kempadang pada Sabtu.
Pokok yang tumbang dalam kejadian ribut kuat di Pantai Kempadang pada Sabtu.

"Selepas itu, saya nampak semua benda terbang dan melihat ada pokok tumbang ke arah sebuah kereta Perodua Kancil yang sedang melalui jalan di sini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Sabtu.

Ibu kepada empat anak juga berkata, dalam keadaan panik dia bersama anaknya keluar daripada kereta dan mencari tempat selamat.

Artikel Berkaitan:

"Masa itu semua pengunjung meminta saya dan anak-anak menyorok di belakang batu kerana angin kuat.

"Ketika itu, anak-anak juga menangis ketakutan," katanya yang kali pertama berdepan dengan situasi cemas itu.

Suami kepada Zulfatihah menunjukkan cermin belakang kereta miliknya yang pecah akibat kejadian itu.
Suami kepada Zulfatihah menunjukkan cermin belakang kereta miliknya yang pecah akibat kejadian itu.

Zulfatihah yang menetap di Bukit Rangin berkata, seorang wanita sarat mengandung yang terperangkap dalam Perodua Kancil tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya tidak nampak, tapi saya dengar mereka cakap hendak selamatkan wanita itu dan dia keluar melalui tingkap," katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Daerah Kuantan, Mejar Pertahanan Awam (PA) Zahidi Zainudin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.19 petang.

Menurutnya, empat anggota ke lokasi kejadian dan melakukan operasi pembersihan bersama pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

"Dua kereta terlibat dan difahamkan terdapat seorang wanita hamil tersepit di dalam kereta kancil, namun telah dikeluarkan oleh orang awam.


Pihak APM dan MBK giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di Pantai Kempadang pada Sabtu.
Pihak APM dan MBK giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di Pantai Kempadang pada Sabtu.

"Mangsa kemudian dihantar ke HTAA (Hospital Tengku Ampuan Afzan) untuk rawatan," katanya.

Kejadian ini juga tular di laman sosial yang memaparkan berlaku kejadian pokok tumbang dan menghempap kenderaan pengunjung.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!