MCA tidak tolak bantu kempen PRK Sungai Bakap

Ka Siong (kanan) pada Majlis Penutup Konvensyen BN Johor pada Sabtu.
Ka Siong (kanan) pada Majlis Penutup Konvensyen BN Johor pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - MCA berkemungkinan tidak menolak untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai depan

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ia berikutan MCA diperlukan Barisan Nasional (BN) bagi membantu kempen calon di Sungai Bakap.

"Saya rasa penting (bantu kempen PRK DUN Sungai Bakap) kerana senario agak berlainan (dengan PRK DUN Kuala Kubu Bahru).

"Saya difahamkan BN sudah buat perbincangan untuk membantu (calon Kerajaan Perpaduan).

"Oleh itu, sudah ada permintaan (untuk MCA bantu kempen) mungkin kita boleh bantu jadi kita lihat susunan kerja (untuk berkempen)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen BN Johor di Persada Johor, pada Sabtu.

Turut hadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi MIC Johor, R Vidyananthan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing pada 22 Jun dan 2 Julai.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Perpaduan dijangka menurunkan calon dari PKR manakala Perikatan Nasional (PN) dilaporkan akan menurunkan calon Pas dalam PRK berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!