'Lebih setengah jam pegang kanopi elak terbang'

Muhammad Shafiq (kanan) sedang membuka batang besi kanopi yang roboh akibat dipikul ribut kuat pada petang Sabtu.
Muhammad Shafiq (kanan) sedang membuka batang besi kanopi yang roboh akibat dipikul ribut kuat pada petang Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Peniaga di Pantai Kempadang di sini berdepan situasi getir apabila gerai dan hasil jualan mereka rosak dalam kejadian hujan lebat dan ribut pada petang Sabtu.

Turut musnah dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3 petang itu, dua kereta milik pengunjung yang dihempap pokok tumbang.

Peniaga kuih tradisional peneran, Fadilah Harun, 43, berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barang niaga serta jualannya.

Fadilah
Fadilah

Katanya, disebabkan ribut yang terlalu kuat menyebabkan dia berpaut pada batang besi kanopi bagi mengelak ia diterbangkan jauh.

“Ribut memang kuat, semua barang (jualan) saya terbang dan kanopi koyak. Pada waktu itu, saya sempat paut kanopi selama kira-kira lebih setengah jam.

Fadilah mengemas gerainya selepas dilanda ribut kuat di Pantai Kempadang pada Sabtu.
Fadilah mengemas gerainya selepas dilanda ribut kuat di Pantai Kempadang pada Sabtu.

"Tapi kalau angin masih lagi kuat, kami buat keputusan untuk lari kerana lihat banyak pokok tumbang dan ranting berterbangan,” katanya ketika ditemui di Pantai Kempadang di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Fadilah memaklumkan mengalami kerugian sekitar RM1,000 dan perlu menggantikan kanopi baharu bagi meneruskan perniagaan semula.

Muhammad Shafiq Hamzah, 34, pula memberitahu, dia tidak berniaga pada Sabtu dan hanya mengetahui kejadian itu daripada rakan niaganya.

Muhammad Shafiq
Muhammad Shafiq

"Sebelum ini, hanya melibatkan pokok tumbang. Tapi kali ini, saya anggap kejadian paling buruk sebab semua gerai dan kemudahan lain musnah.

“Saya anggarkan kerugian yang saya alami mengambil kira kerosakan kanopi, meja niaga, balang air dan sebagainya adalah sekitar RM3,000,” katanya.

Salah seorang peniaga sedang mengalihkan kanopi yang terkoyak selepas kejadian ribut kuat di Pantai Kempadang pada Sabtu.
Salah seorang peniaga sedang mengalihkan kanopi yang terkoyak selepas kejadian ribut kuat di Pantai Kempadang pada Sabtu.

Dia juga berharap ada pihak berkaitan menyalurkan bantuan kepada peniaga di Pantai Kempadang yang terjejas dengan kejadian itu.

"Kita harap ada pihak yang membantu meringankan kami peniaga untuk membeli kelengkapan bagi membolehkan aktiviti jualan dapat diteruskan," luahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kempadang, Saaban Awang berkata, ini merupakan kejadian pertama berlaku menyebabkan gerai penjaja, kemudahan awam mengalami kerosakan teruk, selain beberapa pokok Rhu yang tumbang.

Saaban
Saaban

Katanya, susulan itu hampir RM100,000 kerugian dialami oleh semua pihak termasuk dua kenderaan yang rosak.

"Orang kata ia seperti kepala angin yang amat kuat dan memusnahkan kira-kira 400 meter sepanjang pantai," katanya.

Gazebo turut musnah dalam kejadian ribut di Pantai Kempadang pada Sabtu.
Gazebo turut musnah dalam kejadian ribut di Pantai Kempadang pada Sabtu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!