Perkongsian pempengaruh Cina beli al-Quran tarik perhatian netizen
SHAH ALAM - Perkongsian pempengaruh, Ceddy Ang berkaitan pengalamannya membeli al-Quran buat kali pertama di Karangkraf Mall, Seksyen 15 menerusi hantaran di platform X pada Sabtu menarik perhatian ramai netizen.
Ceddy berkata, perkongsian tersebut bertujuan bagi menyarankan pada orang ramai tempat sesuai untuk membeli naskhah al-Quran yang cantik.
Lebih menarik perhatian, Ceddy juga memakai sarung tangan semasa membuka salah satu halaman al-Quran secara rawak bagi melihat ruangan terjemahan dalam naskhah berkenaan.
“Selepas saya kongsikan video tersebut, ramai yang berkata mereka mahu membeli al-Quran dan saya gembira dapat kongsikan perkara ini.
“Niat saya memang sekadar untuk kongsikan pengalaman gembira saya membeli al-Quran yang pertama dan di mana mereka boleh dapatkannya,” katanya dalam hantaran di aplikasi X pada Sabtu.
I made this video sekadar sharing je because in case people wanna find beautiful Quran, they can find in karangkraf Mall. I was there because Sinar Daily invited me to their podcast.
Yes I bought this Quran because I’ve been wanting to learn more and the Qurans are very... https://t.co/TpHRczJv3zpic.twitter.com/uJGWHxk9Ju— Ceddy (@CeddyOrNot) June 7, 2024
Dalam pada itu, ujar Ceddy, terdapat juga netizen yang tidak senang hati dengan tindakannya berkongsi perkara berkenaan.
“Saya berada di sana kerana Sinar Daily menjemput saya ke podcast mereka.
“Ya, saya beli al-Quran ini kerana saya ingin mempelajari lebih lanjut dan naskhah-naskhah al-Quran yang ada ini sangat cantik tetapi sayangnya, ada juga yang tak senang hati.
“Itulah, jika orang telah berazam untuk membenci, apa yang kita buat mesti salah,” ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!