Swiatek kekal penguasaan di Terbuka Perancis

Swiatek. Foto Agensi
Swiatek. Foto Agensi
A
A
A

BINTANG tenis Poland, Iga Swiatek merangkul kejuaraan Terbuka Perancis ketiga berturut-turut selepas menumpaskan pemain Itali, Jasmine Paolini, 6-2, 6-1 pada perlawanan akhir pada Sabtu.

Pemain nombor satu dunia itu, yang kini juara empat kali Roland Garros, mencatat lima kejuaraan Grand Slam atas namanya.

Sebagai rekod, Swiatek adalah pemain ketiga selepas Justine Henin (2005-07) dan Monica Seles (1990-92) menjulang Piala Suzanne Lenglen tiga tahun berturut-turut sejak sukan tersebut berstatus profesional pada 1968.

Paolini sebelum itu pilihan ke-12 memimpin pada awal permainan sebelum kebangkitan Swiatek, untuk melebarkan rentak kemenangannya di Paris kepada 21 perlawanan berturut-turut.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan dan keluarga, tanpa mereka saya tidak akan berada di sini. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua orang yang menjadikan kejuaraan ini kenangan terindah.

“Saya suka tempat ini, dan menunggu setiap tahun untuk kembali ke sini. Saya hampir keluar pada pusingan kedua ini jadi terima kasih kerana bersorak untuk saya,” kata Swiatek.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!