Gitar John Lennon dijual RM13.6 juta

Pengarah Eksekutif Julien's Auctions, Martin J Nolan menunjukkan gitar milik John Lennon yang dipamerkan di New York. Agensi
Pengarah Eksekutif Julien's Auctions, Martin J Nolan menunjukkan gitar milik John Lennon yang dipamerkan di New York. Agensi
A
A
A

NEW YORK - Sebuah gitar yang ditemui baru-baru ini, yang digunakan ahli kumpulan Beatles, John Lennon untuk merakam lagu pada tahun 1960-an sebelum ia dilaporkan hilang, berjaya dijual pada harga AS$2.9 juta (RM13.6) dalam satu acara lelongan.

Julien's Auctions yang berpangkalan di Los Angeles berkata, jumlah itu merupakan jualan tertinggi dalam sejarah lelongan barangan kumpulan Beatles.

Gitar akustik 12 tali itu digunakan semasa merakam album dan filem Beatles berjudul Help! pada tahun 1965 dan Rubber Soul tidak pernah dilihat atau digunakan selama lebih 50 tahun.

Alat muzik tersebut dimiliki oleh pemain gitar Scotland, Gordan Waller yang merupakan ahli kumpulan pop, Peter and Gordan.

Peter kemudiannya menyerahkan gitar berkenaan kepada pengurus kumpulan tersebut.

Puluhan tahun kemudian, pemilik baharu sebuah rumah di kawasan pedalaman Britain menemui gitar berkenaan di dalam rumah tersebut dan memutuskan untuk melelongnya.

Sebelum ini pakar menganggarkan gitar itu bernilai antara AS$620,000 dan AS$823,000 (RM2.9 juta hingga RM3.8 juta)

Gitar tersebut dibeli pembida melalui panggilan telefon di Hard Rock Cafe New York pada Rabu lepas.

Artikel Berkaitan:

Lelongan berkenaan merupakan sebahagian daripada jualan dua hari ikon muzik oleh Julien's Actions.

Ketua Eksekutif syarikat itu, David Goodman berkata, gitar tersebut merupakan simbol legasi John Lennon.

“Kami teruja untuk mencapai rekod dunia dengan jualan gitar Hootenanny milik John Lennon ini.

“Gitar ini bukan sahaja merupakan barangan bersejarah dalam dunia muzik, malah merupakan simbol legasi John Lennon.

“Jualan pada hari ini membuktikan kesetiaan abadi peminat kepada muzik Beatles dan John Lennon,” katanya.

Gitar berkenaan dibuat oleh syarikat Bavaria Framus pada awal 1960-an dan pernah digunakan di dalam filem Help! ketika kumpulan itu memainkan lagu You've Got to Hide Your Love Away.

Ia juga digunakan semasa sesi rakaman lagu It's Only Love dan I've Just Seen a Face and Girl. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!