Wei Chong-Kai Wun mara ke final Terbuka Indonesia

Wei Chong-Kai Wun
Wei Chong-Kai Wun
A
A
A

"MEREKA stress, saya juga pun stress, so kita stress sekalilah."

Itu reaksi Man Wei Chong selepas beliau dan Tee Kai Wun mengesahkan pentas perlawanan akhir pertama karier dalam Super 1000 Kejuaraan Badminton Terbuka Indonesia pada Sabtu.

"Ya, set pertama rasa gementar sikit sebab tekanan penyokong-penyokong mereka, cuma set kedua okey sikit.

"Kita pun tidak terfikir boleh sampai ke perlawanan akhir, sebaliknya cuba untuk menang setiap perlawanan," kata Wei Chong.

Wei Chong-Kai Wun mara selepas menewaskan wakil tuan rumah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam perlawanan separuh akhir Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta.

Wei Chong-Kai Wun berstatus 20 dunia bermula garang menyaingi Sabar Karyaman-Moh Reza yang mendapat sokongan padu penyokong-penyokong tuan rumah di laman sendiri dalam perlawanan intensiti tinggi dimenangi wakil negara itu, 29-27 dalam pertarungan sengit set pertama.

Set kedua, Wei Chong-Kai Wun tidak menoleh ke belakang sebaliknya meningkatkan tekanan ke atas Sabar Karyaman-Moh Reza yang berada dikedudukan 29 dunia untuk kemenangan 21-13 dalam aksi 45 minit.

Kemenangan itu membolehkan Wei Chong-Kai Wun berdepan gandingan nombor dua dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Wei Keng-Wang Chang sebelum itu mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 21-13, 21-15 dalam masa 32 minit.

Wei Chong-Kai Wun mengesahkan slot separuh akhir selepas menewaskan gandingan dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han dalam pertarungan tiga set 21-17, 18- 21-18, 21-10.

Di suku akhir sebelum itu Wei Chong-Kai Wun menewaskan beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-18, 19-21, 21-12.

Pusingan pertama Wei Chong-Kai Wun mencipta sensasi menewaskan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae, 20-22, 21-16, 21-17.

Pentas perlawanan final terakhir jagoan negara itu adalah semasa Malaysia Masters 2023 Super 500 ketika dijinakkan Ming-hyuk-Seung-jae, 15-21, 24-22, 19-21.

Sementara itu, Moh Reza berkata: "Sebenarnya ia bukan tekanan kerana kami satu-satunya wakil Indonesia, sebaliknya ia menjadi motivasi kami untuk bermain dengan baik.

"Tetapi tidak dapat dinafikan tenaga kami sudah banyak habis, kami bermain dalam empat perlawanan, mungkin ini perjalanannya agak panjang, jadi tenaga sangat habis."

Sabar pula berkata: "Alhamdulillah, kami berdua dapat menamatkan perlawanan dengan baik tanpa sebarang kecederaan. Kami berbangga dapat menamatkan perlawanan sebaik mungkin, walaupun keputusan masih belum pada tahap terbaik...

"Kami amat berterima kasih kepada penyokong-penyokong yang telah datang ke Istora. Semoga kejohanan akan datang kami akan tampil lebih baik."

INFO

Man Wei Chong-Tee Kai Wun 2024

1. Terbuka Malaysia: Pusingan 32

2. Terbuka India: Pusingan 32

3. Indonesia Masters: Pusingan 16

4. Terbuka Perancis: Pusingan 16

5. Seluruh England: Pusingan 32

6. Terbuka Switzerland: Suku Akhir

7. Kejuaraan Badminton Asia: Pusingan 16

8. Malaysia Masters: Suku Akhir

9. Terbuka Singapura: Pusingan 16

10 Terbuka Indonesia: Final

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!