10 lokasi panas kemalangan dan jenayah di KL

Mazlan melancarkan Kempen Op Selamat 16 Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur Sempena Tahun Baru Cina 2020, di sini tadi.
Mazlan melancarkan Kempen Op Selamat 16 Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur Sempena Tahun Baru Cina 2020, di sini tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur mengenal pasti 10 lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan dan jenayah di sekitar ibu kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lokasi tersebut melibatkan Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Ipoh, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Jalan Tun Razak.

"Kita turut mendapati Jalan Kuching, Jalan Ampang, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Klang Lama dan Jalan Sungai Besi turut menjadi lokasi 'hotspot'," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Op Selamat 16 Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur Sempena Tahun Baru Cina 2020, di sini tadi.

Sepanjang kempen tersebut, seramai 84 anggota dan pegawai akan bertugas bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Dalam masa itu katanya, individu yang mahu pulang ke kampung turut disarankan mengisi borang maklumat balik kampung dan diserahkan kepada balai polis berhampiran.

Sementara itu, Mazlan turut memaklumkan sebanyak 22,243 saman telah dikeluarkan pada Op Selamat 14 tahun lalu, menurun sebanyak 13.6 peratus iaitu 25,757 saman pada Op Selamat 12 pada 2018.

"Ia menunjukkan tahap kesedaran orang ramai tentang pemanduan selamat dan undang-undang jalan raya semakin meningkat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!