Sepanyol lanyak habis Ireland Utara

Pedri muncul wira buat Sepanyol ketika menundukkan Ireland Utara dalam aksi pemanas badan terakhir La Roja sebelum Euro 2024 bermula di Jerman minggu depan.
Pedri muncul wira buat Sepanyol ketika menundukkan Ireland Utara dalam aksi pemanas badan terakhir La Roja sebelum Euro 2024 bermula di Jerman minggu depan.
A
A
A

SEPANYOL menang 5-1 ke atas Ireland Utara di Palma de Mallorca ketika pemain tengah Pedri menjaringkan dua gol dalam aksi pemanas badan terakhir La Roja sebelum Euro 2024 bermula di Jerman minggu depan.

Pasukan pelawat kendalian Michael O'Neill terlebih dulu mendahului dua minit permainan apabila pemain pertahanan Daniel Ballard menanduk masuk sepakan percuma Caolan Boyd-Munce.

Bagaimanapun Sepanyol yang mendominasi perlawanan menyamakan kedudukan menerusi jaringan jarak jauh Pedri minit ke-12, gol antarabangsa pertamanya.

Kemudian Alvaro Morata, Fabian Ruiz dan Pedri sekali lagi meletakkan tuan rumah 4-1 di depan sebelum separuh masa pertama.

Mikel Oyarzabal memastikan kemenangan juara Eropah tiga kali itu pada minit ke-60, selepas menyudahkan hantaran Lamine Yamal.

"Saya bukan sahaja sangat gembira untuk perlawanan ini tetapi turut teruja dapat menjaringkan gol dalam penampilan pertama. Sejujurnya saya tidak sabar untuk menjaringkan gol di sini.

“Saya telah bekerja keras sepanjang musim ini dan telah mengalami beberapa insiden tetapi saya telah bekerja keras untuk mengatasinya.

"Saya telah melupakan seketika kecederaan dialami dan dari segi fizikal, saya berasa sangat sihat, menantikan Euro dan gembira berada di sini," kata Pedri.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, pemain Barcelona berusia 21 tahun itu bergelut dengan masalah kecederaan musim lalu.

Pengendali La Roja, Luis de la Fuente melakukan sembilan pertukaran daripada kemenangan 5-0 ke atas Andorra, dengan Pedri dan penyerang Morata satu-satunya pemain yang dikekalkan dalam kesebelasan utama.

Morata, yang menjaringkan gol untuk membolehkan Sepanyol mendahului pada minit ke-18 dengan gol antarabangsa ke-35, menyamakan kedudukan dengan David Silva sebagai penjaring terbanyak keempat Sepanyol.

Sebagai rekod, Sepanyol menjaringkan empat gol pada separuh masa pertama buat kali pertama sejak 2023, apabila mereka turut menjaringkan empat gol ketika menentang Georgia dalam kelayakan Euro 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!