'Jika diminta lepas jawatan pun saya okey' - Nadzir Helmi

Khairul Nadzir Helmi Azhar
Khairul Nadzir Helmi Azhar
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan sekiranya diminta oleh parti susulan wujud desakan agar beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Pas.

Desakan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan hantaran yang dibuat beliau di media sosial berkenaan tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil tindakan merehatkan pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don dalam rancangan Salam Baitullah.

Hantaran Nadzir Helmi di Facebook pada Ahad.
Hantaran Nadzir Helmi di Facebook pada Ahad.

"Saya dapat maklumat yang mendesak supaya saya dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Pas atas posting (hantaran) yang tak kena dengan kehendak individu tertentu. Saya okey sahaja.

"Nanti boleh tanyakan kepada Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi SU (Setiausaha) Pas Muhd Khidhir Izaidin bagaimana prosesnya.

"Balai panggil untuk bagi keterangan pun saya mai (datang), berkali-kali, insya-ALLAH parti panggil untuk bagi keterangan pun saya ready (bersedia). Diminta lepas jawatan pun saya okey," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Pada masa sama, beliau mendakwa tiada sebarang teguran diterima secara peribadi berhubung isu yang dikaitan dengannya.

"Saya menjenguk juga kalau ada yang tegur secara personal dalam whatsapp atau mesej, tapi tiada pula.

Artikel Berkaitan:

"Sebab dinyatakan hadith ikhlas dalam menegur. Tapi diumum secara public (terbuka) dan diseru semua orang. Mungkin itu cara yang paling ikhlas," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!