Denda maksimum hingga RM50,000 hanya babitkan penganjur

Hilmi (tengah) bergambar bersama kumpulan dikir barat yang juga kakitangan Majli Perbandaran Kota Bharu sempena Meraikan Petugas Kebersihan MPKB -BRI Sempena Aidilfitri 1445H/2024M pada Ahad.
Hilmi (tengah) bergambar bersama kumpulan dikir barat yang juga kakitangan Majli Perbandaran Kota Bharu sempena Meraikan Petugas Kebersihan MPKB -BRI Sempena Aidilfitri 1445H/2024M pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Kadar denda maksimum antara RM20,000 hingga RM50,000 yang ditetapkan jika Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024 diluluskan hanya membabitkan penganjur program hiburan yang tidak memohon permit.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, penguatkuasaan denda berkenaan dijangka bermula tahun depan.

Menurutnya, RUU Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024 dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang selepas cadangan memansuhkan enakmen sedia ada dipersetujui oleh Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan negeri Kelantan.

"Mulai tahun depan, penganjur berbentuk hiburan yang tidak memohon permit boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 di bawah enakmen baharu itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Meraikan Petugas Kebersihan MPKB-BRI Sempena Aidilfitri 1445H/2024M pada Ahad.

Hilmi ketika melakukan gimik sempena Meraikan Petugas Kebersihan MPKB -BRI Sempena Aidilfitri 1445H/2024M pada Ahad.
Hilmi ketika melakukan gimik sempena Meraikan Petugas Kebersihan MPKB -BRI Sempena Aidilfitri 1445H/2024M pada Ahad.

Dalam pada itu, mengulas mengenai orang ramai yang melakukan kesalahan berhibur tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan pula, Hilmi berkata denda akan dikenakan di bawah penalti am antara RM2,000 hingga RM5,000.

Beliau turut memberitahu, perkara utama dalam pindaan itu ialah pegawai pelesen diberi tanggungjawab kepada Yang Dipertua di setiap pihak berkuasa tempatan.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini pegawai pelesen menjadi tugas ketua jajahan tetapi akan dipindahkan kepada Yang Dipertua setiap daerah," katanya.

Jelas beliau, melalui penggubalan enakmen berkenaan, peraturan sedia ada akan diperincikan lagi melalui borang yang disediakan termasuk masa, artis, lokasi dan lagu yang akan dipersembahkan.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Kelantan akan menaikkan kadar denda sehingga RM50,000 jika RUU Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024 diluluskan.

Kadar itu bagi memberi pengajaran kepada individu atau perbadanan supaya mematuhi undang-undang selain menjaga kelakuan dalam hiburan.

Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan memaklumkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan itu sudah berkuatkuasa selama dua dekad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!