Tiada unsur jenayah babit kes jumpa rangka manusia tepi pantai

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KLANG - Tiada unsur jenayah membabitkan penemuan rangka manusia tidak sempurna di kawasan tepi laut dekat Kampung Bagan Hailam, Tanjung Harapan di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, rangka itu dijumpai dalam keadaan tidak sempurna.

"Hasil laporan bedah siasat, tiada unsur jenayah diperoleh.

"Mangsa dikenal pasti ialah wanita, namun identiti sebenar masih dalam siasatan polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan penemuan rangka yang dalam keadaan tidak sempurna itu oleh orang awam sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Sepasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Berikutan itu, polis memohon orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya berhubung dengan pihaknya bagi semakan lanjut dan sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi Balai Polis Bandar Sultan Suleiman di talian 03-31767622 atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Kamarul Hadi Che Harun di talian 011-69821395.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: