SPRM siasat ejen, peguam didakwa tipu pelaburan forex

SPRM sedang dalam tindakan merekodkan keterangan beberapa individu selain bertindak menyita akaun bank berjumlah RM40 juta. Gambar kecil: Hishamuddin
SPRM sedang dalam tindakan merekodkan keterangan beberapa individu selain bertindak menyita akaun bank berjumlah RM40 juta. Gambar kecil: Hishamuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes penipuan pelaburan forex yang dipercayai di dalangi ejen berlesen syarikat broker dan peguam membabitkan kerugian bernilai RM65 juta.

Menurut sumber, suspek iaitu ejen terbabit telah menarik ratusan mangsa untuk melabur di Singapura.

"Kes ini dipercayai melibatkan ratusan mangsa yang terpedaya dengan tawaran dibuat suspek.

"Mangsa-mangsa ini telah memasukkan duit pelaburan ke akaun syarikat forex tempatan dan telah memungut kira-kira RM65 juta," katanya pada Ahad.

Tambah sumber, susulan pungutan duit terbabit, suspek telah berpakat dengan seorang peguam yang kemudiannya memberi cadangan pihak syarikat forex terbabit perlu diberi pelepasan cukai.

Katanya lagi, peguam terbabit kemudian telah membuat dokumen palsu dan dipercayai telah menipu mahkamah dan pihak bank sebelum diputuskan pihak syarikat terbabit menerima wang pelaburan terbabit berjumlah RM50 juta.

"Seterusnya, ejen terbabit bersama peguam telah menggunakan wang itu untuk kegunaan peribadi dan dilaburkan ke syarikat luar pesisir di Labuan," ujarnya.

Sumber itu mendedahkan, SPRM sedang dalam tindakan merekodkan keterangan beberapa individu selain bertindak menyita akaun bank berjumlah RM40 juta.

Artikel Berkaitan:

"Usaha juga dilakukan untuk mengesan baki kehilangan wang dalam kes ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan siasatan terhadap kedua-dua suspek lelaki berusia 52 tahun itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!