4 motosikal musnah terbakar di Flat SEDC Pasir Gudang

Empat motorsikal yang diletakkan tempat letak kenderaan dekat Flat SEDC, Taman Air Biru, Pasir Gudang musnah dalam kebakaran pada pagi Ahad. Foto JPBM Johor
Empat motorsikal yang diletakkan tempat letak kenderaan dekat Flat SEDC, Taman Air Biru, Pasir Gudang musnah dalam kebakaran pada pagi Ahad. Foto JPBM Johor
A
A
A

PASIR GUDANG - Empat motosikal musnah dalam kebakaran di tempat letak kenderaan dekat Flat SEDC, Taman Air Biru di sini pada pagi Ahad.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Abd Rahim Razali berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 6.24 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang ke lokasi untuk memadam kebakaran.

"Bagaimanapun, sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, api hampir dipadamkan oleh penduduk.

"Pemeriksaan mendapati empat motosikal terbabit musnah 95 peratus," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kejadian ini tidak membabitkan sebarang mangsa dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!