Struktur SPE kukuh, kesan hitam bukan sebab retak

Laporan Sinar Harian (kiri) dan Alexander meninjau lokasi pada Ahad.
Laporan Sinar Harian (kiri) dan Alexander meninjau lokasi pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kesan hitam di atas permukaan konkrit 'crosshead' dipastikan bukan keretakan struktur seperti ditularkan di media sosial pada Jumaat.

Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) dalam satu kenyataan berkata, struktur berkenaan telah dipastikan kukuh dan selamat selepas siasatan dijalankan pihak Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE) bersama Jurutera Perunding EDP.

Menurutnya, pemeriksaan dan siasatan terperinci secara visual jarak dekat telah dilakukan dengan kehadiran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada hari sama.

"Hasil siasatan ke atas struktur berkaitan mendapati ia hanyalah kesan-kesan hitam di atas permukaan konkrit 'crosshead'.

"Kaedah pembinaan 'crosshead' portal ini adalah melibatkan multiple casting dan kesan-kesan hitam telah terkumpul pada dry joint," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Pada Jumaat, tular di media sosial perbandingan dua gambar struktur di Lebuhraya SPE berhampiran Jalan Cheras Kuala Lumpur yang disyaki retak besar.

Susulan itu, LLM telah mengarahkan siasatan dijalankan terus susulan aduan melibatkan keselamatan pengguna lebuh raya.

Pada Ahad, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Sazali Harun telah meninjau lokasi dan diberikan penerangan secara terperinci berkenaan kesan-kesan hitam terbabit.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Pengarah Eksekutif EKOVEST Berhad, Lim Chen Tai dan Pengarah Urusan Lebuhraya Duke Fasa 3 Sdn Bhd, Tan Sri Lim Keng Cheng.

Untuk rekod, SPE adalah sebuah lebuh raya bertingkat yang dibuka sepenuhnya pada 3

November lalu merangkumi jarak keseluruhan sepanjang 20.7 kilometer bermula Taman Melati Gombak hingga ke Kerinchi.

SPE turut menghubungkan beberapa lebuh raya lain seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), DUKE, Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan lain-lain.

Pembukaan Lebuhraya SPE adalah bagi meningkatkan lagi kecekapan rangkaian penyuraian trafik dan mengurangkan kesesakan di ibu negara.

Dalam pada itu, pengurusan SPE menegaskan pihaknya sentiasa komited dan meletakkan aspek keselamatan pengguna sebagai keutamaan melalui pemeriksaan berkala yang dijalankan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Struktur SPE kukuh, kesan hitam bukan sebab retak #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #SPE #Retak #Lebuhraya #DUKE #Crosshead

The Second Wave - MaxKoMusic

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!