Wanita pandu lawan arus, langgar kereta polis ditahan

No Image Caption
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang wanita bukan saja memandu secara berbahaya dengan melawan arus di Jalan Yam Tuan Raden di sini, malah turut melanggar kenderaan polis ketika cuba melarikan diri pada Ahad.

Bagaimanapun kenderaan Toyota Vios dipandu wanita berusia 55 tahun itu akhirnya ditahan di persimpangan Jalan Bahau-Kuala Pilah berhadapan Stesen Minyak Petron Bahau di Jempol.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, anggota yang sedang menjalankan tugas rondaan telah mengesan sebuah kereta dinaiki suspek yang dipandu secara melawan arus kira-kira jam 9 pagi.

"Polis cuba menahan kereta tersebut namun pemandunya seorang wanita tempatan enggan memberi kerjasama.

"Malah suspek turut melanggar kenderaan polis sehingga rosak di bahagian hadapan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Amran berkata, kenderaan tersebut berjaya ditahan di persimpangan Jalan Bahau-Kuala Pilah berhadapan Stesen Minyak Petron Bahau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: