Lelaki 94 tahun hilang ditemukan keletihan, tak dapat berjalan

Mangsa dibawa menggunakan pengusung selepas ditemukan dalam keadaan keletihan dan tidak dapat berjalan di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli, Tuaran.
Mangsa dibawa menggunakan pengusung selepas ditemukan dalam keadaan keletihan dan tidak dapat berjalan di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli, Tuaran.
A
A
A

TUARAN - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan keletihan sehingga tidak dapat berjalan di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli di sini pada Ahad.

Sungkit Akup, 94, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas keluar dari rumahnya pada jam 5.55 petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Amit berkata, pihaknya hanya menerima panggilan berhubung kehilangan warga emas itu pada jam 3.02 petang Ahad.

"Mangsa dikatakan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya. Operasi mencari dan menyelamat segera dilakukan oleh pasukan bomba.

"Bagaimanapun, pada jam 4.29 petang mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang kebetulan lalu di kawasan hutan iaitu kira-kira satu kilometer dari dia dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, pasukan bomba juga terpaksa menggunakan pengusung bagi membawa mangsa keluar dari hutan tersebut.

"Mangsa tidak dapat berjalan menyebabkan anggota bomba mengusungnya menggunakan pengusung sebelum dihantar ke hospital," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!