[VIDEO] PKR umum calon PRK Sungai Bakap Rabu depan

A
A
A

SUNGAI BAKAP - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada Rabu depan.

Perkara itu diumumkan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan di sini, pada Ahad.

“Kita akan umumkan calon pada 12 Jun iaitu Rabu depan.

“Kita terima hakikat bahawa kita turun ke gelanggang PRK ini sebagai underdog, namun kita yakin dapat kembalikan semula kerusi Sungai Bakap yang dipinjamkan sekejap kepada Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Rafizi
Rafizi

Hadir sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Sebelum ini, Perpaduan Pulau Pinang memutuskan calon dari PKR akan bertanding mewakili gabungan itu dalam PRK kali ini.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangmya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Artikel Berkaitan:

Pada PRN Pulau Pinang Ogos lalu, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.