Harga diesel naik: Stesen minyak lengang, beroperasi seperti biasa

Suasana lengang tanpa kehadiran kenderaan beratur panjang mengisi diesel di sebuah stesen minyak sebelum perubahan harga bermula pada tengah malam ini.
Suasana lengang tanpa kehadiran kenderaan beratur panjang mengisi diesel di sebuah stesen minyak sebelum perubahan harga bermula pada tengah malam ini.
A
A
A

KUBANG PASU - Suasana di beberapa stesen minyak sekitar daerah ini hingga ke kawasan berdekatan sempadan kelihatan lengang dan beroperasi seperti biasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya beberapa kenderaan dilihat mengisi minyak diesel selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel bermula pada 12 tengah malam Ahad.

Pemerhatian selama hampir dua jam mendapati tiada kenderaan ‘menyerbu’ stesen minyak mahupun beratur panjang untuk mengisi diesel pada harga lama.

Pekerja sebuah stesen minyak memaklumkan, kehadiran kenderaan seperti biasa dan suasana agak sunyi.

“Tiada kenderaan yang serbu stesen minyak setakat ini, ada sekitar empat hingga tujuh kenderaan sahaja yang isi diesel, tak perlu beratur panjang pun sebab tak banyak kenderaan,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Zainol.

Menurutnya, kemungkinan harga diesel masih rendah dan kebanyakan pengguna menerima subsidi diesel menyebabkan stesen minyak tidak diserbu.

“Sejak 7.00 malam tadi hingga 10.00 malam, semua macam biasa saja,” katanya.

Sebuah lagi stesen minyak turut dilihat beroperasi seperti biasa dan kebanyakan pengguna adalah bukan kenderaan diesel.

Artikel Berkaitan:

Pemerhatian mendapati hanya tiga buah trak pikap mengisi minyak dan ia merupakan kenderaan dengan nombor pendaftaran tempatan.

Tinjauan juga mendapati tiada kenderaan bernombor plat asing yang singgah di stesen minyak berdekatan.

Pada Ahad, media melaporkan kerajaan menetapkan harga diesel di Semenanjung pada kadar RM3.35 seliter bermula Isnin selaras dengan perlaksanaan penyelarasan semula subsidi bahan api tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!