Wei Xiang unggul di Putrajaya

Wei Xiang mengungguli Kategori B-16 Pusingan Akhir JET AFFIN 100PLUS 2024 di Dewan Badminton Putrajaya.
Wei Xiang mengungguli Kategori B-16 Pusingan Akhir JET AFFIN 100PLUS 2024 di Dewan Badminton Putrajaya.
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki, Kong Wei Xiang mengungguli derbi dua produk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlawanan akhir Kategori Bawah 16 Tahun (B-16) Pusingan Akhir JET AFFIN 100PLUS 2024 di Dewan Badminton Putrajaya.

Wei Xiang kelahiran Pulau Pinang muncul pemenang selepas menewaskan Lim Boon Le straight set 21-14, 21-15 dalam aksi 35 minit.

Bagaimanapun, Boon Le bangkit menebus kekalahan apabila mengungguli Kategori Beregu Lelaki B-16 bersama Tiew Wei Jie.

Biarpun begitu, Boon Le-Wei Jie dipaksa berhempas pulas sebelum dapat menewaskan rakan sepasukan negara Ahmad Redzuan-Isyraf Hafizin 22-20, 12-21, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung hampir sejam.

Carine Tee-Lee Mun merangkul kejuaraan Kategori Beregu Wanita B-16.
Carine Tee-Lee Mun merangkul kejuaraan Kategori Beregu Wanita B-16.

Sementara itu, Saidatul Saadiah Muhammad menampilkan karakter melawan tinggi apabila merangkul gelaran Kategori Perseorangan B16 selepas mengatasi Ong Xin Ru.

Pemain Sabah berusia 15 tahun itu, yang memenangi Jelajah Elit Remaja Kumpulan A AFFIN-100PLUS Perempuan B16 awal tahun ini, menunjukkan keazaman tinggi mengatasi Xin Ru, straight set 21-19, 21-17.

Kategori Beregu Wanita B-16 pula menyaksikan Carine Tee-Lee Mun merangkul kejuaraan dalam aksi 35 minit menewaskan rakan sepasukan dari BAM Teh Si Yan-Teh Xin Ying, staraight set 21-9, 21-9.

Artikel Berkaitan:


KEPUTUSAN

KATEGORI BAWAH 16 TAHUN

PERSEORANGAN LELAKI:

Kong Wei Xiang tewaskan Lim Boon Le 21-14, 21-15

BEREGU LELAKI

Lim Boon Le-Tiew Wei Jie tewaskan Ahmad Redzuan-Isyraf Hafizin, 22-20, 12-21, 21-17

PERSEORANGAN WANITA

Saidatul Saadiah Muhammad tewaskan Ong Xin Ru 21-19, 21-17

BEREGU WANITA: Carine Tee-Lee Mun atasi Teh Si Yan-Teh Xin Ying 21-9, 21-9

KATEGORI BAWAH 14 TAHUN

PERSEORANGAN LELAKI

Khashah Khairul Azlan atasi Ng Hao Tong 21-19, 14-21, 23-21

BEREGU LELAKI

Muhammad Noor Hanafi-Tze Han Wong atasi Khashah Khairul Azlan-Saufi Muhammad Fakhrul Hakim 23-21, 21-13

PERSEORANGAN WANITA

Chong Wan Xin atasi Siti Nuraminah Abdullah 21-11, 19-21, 21-19

BEREGU WANITA:

Leong Hwee Ling-A. Mahalakshmi atasi Lau Xin En-Teoh Min Yi 18-21, 21-13, 21-19

KATEGORI BAWAH 12 TAHUN

PERSEORANGAN LELAKI

Chiam Zi Hong atasi Rosni Nur Izz Daniel 21-10, 23-21

BEREGU LELAKI:

Jayden Lim Zhehui-Julius Yeo Ken Hong atasi Caleb Voon Jia Cheng-Lucas Ho Ming Joon 21-16, 14-21, 21-6

PERSEORANGAN WANITA:

G. Vashnika atasi Nur Aina Batrisya Mohd Effendy 21-18, 21-11

BEREGU WANITA:

Lee Han Ning-Nur Khalishah Abdul Razak atasi Liau Xin Yi-Yap Wan Xin 21-18, 21-18

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!