MAHA 2024: Medan perkongsian teknologi pertanian, sasar tiga juta pengunjung

Lokman Hakim (tengah) merasmikan Karnival Sambutan Setahun Program Jualan Agro Madani dan Road To MAHA Fun Run 2024 sempena Peluncuran MAHA 2024 yang diadakan di Tapak Pasar Tani MAEPS, Serdang pada Ahad. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

A
A
A

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 menyasarkan seramai tiga juta pengunjung sepasang penganjurannya bermula 11 September hingga 22 September depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Lokman Hakim Ali berkata, pameran yang akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) itu akan memberi penekanan kepada elemen yang mengangkat acara dwi tahunan tersebut ke peringkat antarabangsa.

Lokman Hakim (tengah) merasmikan Karnival Sambutan Setahun Program Jualan Agro Madani dan Road To MAHA Fun Run 2024 sempena Peluncuran MAHA 2024 yang diadakan di Tapak Pasar Tani MAEPS, Serdang pada Ahad. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
Lokman Hakim (tengah) merasmikan Karnival Sambutan Setahun Program Jualan Agro Madani dan Road To MAHA Fun Run 2024 sempena Peluncuran MAHA 2024 yang diadakan di Tapak Pasar Tani MAEPS, Serdang pada Ahad. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

Menurut beliau, fokus tersebut bagi meraikan 100 tahun penganjuran pameran pertanian terbesar itu dengan menjadikannya medan perkongsian teknologi pertanian peringkat global.

"Kita lihat penggunaan kecerdasan buatan (AI), internet benda (IoT) dan teknologi yang berproduktiviti tinggi akan menarik golongan belia menceburi bidang pertanian.

"Kita lihat teknologi moden dalam pertanian seperti 'smart farming' merupakan satu cara meningkatkan produktiviti tanaman, menyumbang peningkatan hasil besar pertanian dan tahap sara diri di peringkat pertanian, sama ada ternakan atau akuakultur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas acara ‘Road to MAHA Fun Run 2024’ di Karnival Setahun Jualan Agro Madani sempena Majlis Pra Peluncuran MAHA 2024 pada Ahad.

MAHA 2022 merekodkan seramai 1.18 juta pengunjung secara fizikal manakala lebih 272,000 pengunjung atas talian dengan rekod jualan sebanyak RM260 juta.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Lokman Hakim memaklumkan, lebih 180 pempamer dari luar negara telah mengesahkan penyertaan melibatkan beberapa negara seperti China, Singapura dan Thailand.

"Tahun ini tiga dewan (di MAEPS) telah penuh. Kita masih dapat permintaan daripada syarikat industri tempatan, kedutaan dan syarikat antarabangsa daripada negara ASEAN dan timur tengah untuk bersama dalam pameran ini.

"Mereka ingin pamer keupayaan teknologi masing-masing dan ini perkembangan positif kerana akan beri manfaat tinggi kepada pemegang taruh industri dalam bidang pertanian," jelasnya.

Lokman Hakim bergambar bersama peserta pada Karnival Sambutan Setahun Program Jualan Agro Madani dan Road To MAHA Fun Run 2024 sempena Peluncuran MAHA 2024 yang diadakan di Tapak Pasar Tani MAEPS, Serdang pada Ahad. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

Sementara itu, beliau berkata, Majlis Peluncuran MAHA 2024 dilakukan selama dua hari melibatkan penganjuran karnival tersebut, Mini Rhytym of The Farmers dan acara larian.

Menurutnya, kesemua acara berkenaan dianjurkan bagi mempromosikan pameran itu di samping memberi kesedaran awal kepada kumpulan sasar.

Majlis Peluncuran MAHA 2024 dijadualkan berlangsung pada Isnin di MAEPS dan akan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!