Perubahan penerbangan hanya untuk masalah kesihatan

Sebarang perubahan terhadap jadual penerbangan pulang jemaah haji hanya akan dilakukan jika ia berkaitan dengan masalah kesihatan dan fiq wanita. Gambar hiasan)
Sebarang perubahan terhadap jadual penerbangan pulang jemaah haji hanya akan dilakukan jika ia berkaitan dengan masalah kesihatan dan fiq wanita. Gambar hiasan)
A
A
A

MAKKAH - Sebarang perubahan terhadap jadual penerbangan pulang jemaah haji hanya akan dilakukan jika ia berkaitan dengan masalah kesihatan dan fiq wanita, kata Pengarah Operasi Makkah Tabung Haji (TH), Rozila Omar Ali.

Rozila berkata, jadual penerbangan kebiasaannya telah diatur sebelum keberangkatan lagi dengan setiap KT telah diperuntukkan jadual.

“Bagaimanapun, semasa fasa kedua nanti, kebiasaannya kita akan menerima permohonan untuk perubahan kepada jadual penerbangan terutama kepada keperluan fiqh wanita yang perlu untuk ditangguhkan, ini antara kes yang kita akan pertimbangkan.

“Sama ada jemaah wanita berkenaan akan diiringi mahramnya atau tidak bergantung kepada permohonan tersebut,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH di Makkah, baru-baru ini.

Menurutnya, unit penerbangan akan memberi keutamaan kepada keperluan pesakit atas syor pusat rawatan dan sebarang keperluan lain akan dinilai berdasarkan kes kerana sekiranya permohonan perubahan penerbangan ini dibuka ia akan beri kesan kepada keseluruhan operasi penerbangan.

“Pengisian penerbangan secara optimum ini, bagi memastikan kos secara keseluruhan ditangani secara berkesan dan jika berlaku banyak perubahan KT, ini akan beri impak pergerakan yang lain. Kita tidak galakan, kita hanya beri keutamaan kepada kes-kes tertentu sahaja,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini ada permohonan pertukaran tetapi tidak secara berterusan dan ada juga permohonan yang sudah diterima ditolak di saat akhir.

“Sekiranya ada kita akan bincang di peringkat maktab dan pengurusan. Biasanya keperluan yang mendesak, kita pertimbangkan berdasarkan keadaan jemaah itu sendiri, misalnya masalah kesihatan.

Artikel Berkaitan:

“Untuk isu lain, kebiasaannya kita tidak beri keutamaan, dan ada kata juga situasi yang mana permohonan yang diterima terpaksa ditolak di saat akhir,” katanya.

Penerbangan balik yang pertama daripada Tanah Suci ke Malaysia adalah pada 24 Jun 2024, dan penerbangan balik yang terakhir ialah pada 21 Julai 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!