Dua ditahan langgar Akta Kawalan Bekalan 1961 - KPDN Kelantan

Azman (kiri) melihat pengguna mengisi petrol di stesen minyak Petron di Pasir Pekan pada Ahad.
Azman (kiri) melihat pengguna mengisi petrol di stesen minyak Petron di Pasir Pekan pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Kelantan menahan dua individu yang melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kira-kira empat jam kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, kes pertama berlaku di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu, Tumpat dipercayai penyeludup yang cuba mengambil peluang sebelum kenaikan harga diesel.

Menurut beliau, kejadian kira-kira jam 9 malam itu membabitkan seorang lelaki sedang mengisi diesel dalam beberapa tong yang disembunyikan dalam kenderaan Perodua Kenari.

"Mungkin mereka fikir kita tidak melaksanakan penguatkuasaan dan dengan segera keluar mengisi diesel selepas pengumuman kenaikan harga," katanya selepas melakukan ketika pemantauan di stesen minyak Petronas dan Petron di Pasir Pekan pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, dalam kes berkenaan, KPDN turut mengenakan tindakan iaitu menyita dokumen milik pengusaha stesen minyak terbabit.

Jelas beliau, satu lagi kes membabitkan akta sama ialah enggan menjual diesel kepada pelanggan dengan alasan tidak cukup bekalan bahan api itu.

Azman memberitahu, kes berkenaan berlaku di sebuah stesen minyak di Tawang, Bachok.

"Pengusaha stesen mengehadkan pembelian RM100 sahaja untuk sebuah kenderaan dan kita turut mengambil tindakan dengan menyita dokumen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, setakat ini di Kota Bharu, tiada sebarang aduan diterima tetapi beberapa stesen minyak dilihat dilihat agak ramai kerana mengambil peluang sementara harga baharu bermula.

Beliau memaklumkan, seramai 58 pegawai dan anggota KPDN Kelantan 58 turun di semua stesen minyak di seluruh negeri untuk melaksanakan penguatkuasaan terhadap aspek penyasaran subsidi diesel selepas pengumuman penyasaran harga oleh Menteri Kewangan Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

"Sasaran kita ialah memantau serta memastikan tiada pengusaha yang enggan menjual dan membuat alasan seperti pam rosak, tiada bekalan elektrik," katanya lagi.

Secara keseluruhannya, sebanyak 245 stesen minyak di seluruh negeri membabitkan 107 beroperasi 24 jam, 138 di bawah 24 jam manakala stesen yang berada 25 kilometer daripada sempadan terdapat 48 stesen minyak dan 140 stesen berada 50km dari sempadan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!