Warga emas maut langgar papan tanda

Keadaan kenderaan warga emas yang maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar papan tanda lalu lintas di persimpangan empat lampu isyarat Jalan Bukit Ubi di sini pada Isnin. - Foto Facebook Polis Trafik Kuantan. (Gambar kecil: Wan Mohd Zahari)
Keadaan kenderaan warga emas yang maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar papan tanda lalu lintas di persimpangan empat lampu isyarat Jalan Bukit Ubi di sini pada Isnin. - Foto Facebook Polis Trafik Kuantan. (Gambar kecil: Wan Mohd Zahari)
A
A
A

KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar papan tanda lalu lintas di persimpangan empat lampu isyarat Jalan Bukit Ubi, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, mangsa, Mohd Saupi Sulaiman, 60, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Bukit Ubi dalam perjalanan ke Bandar Kuantan.

"Apabila tiba di tempat kejadian, ketika mangsa sedang membelok ke kanan, kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas melanggar papan tanda isyarat lalu lintas.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada Isnin.

Beliau memberitahu, siasatan awal juga mendapati kemalangan terbabit berpunca daripada kecuaian.

"Keadaan jalan di lokasi kejadian adalah jalan simpang empat lampu isyarat.

"Permukaan jalan rata dan jalan kering. Tahap pencahayaan cerah waktu awal pagi dan cuaca baik semasa sampai di tempat kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!