Bekas pengurus bank direman kes terima, minta rasuah RM50,000

Suspek (tengah) tiba di Mahkamah Kota Bharu pada Isnin untuk perintah reman. Foto SINAR HARIAN
Suspek (tengah) tiba di Mahkamah Kota Bharu pada Isnin untuk perintah reman. Foto SINAR HARIAN
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang bekas pengurus bank direman selama lima hari di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM50,000.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Rais Imran Hamid.

Reman berkuat kuasa bermula Isnin sehingga Jumaat ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu lelaki berkenaan yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan berseluar biru gelap tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki van suruhanjaya terbabit pada jam 8.40 pagi.

Akhbar sebelumnya melaporkan suspek ditahan oleh anggota SPRM Kelantan pada jam 3 petang, Ahad.

Sumber berkata, suspek disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM50,000 itu daripada pelanggannya dengan alasan membiayai program membabitkan bank sejak 2022.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain yang dihubungi pemberita mengesahkan penahanan dan perintah reman terhadap lelaki tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan ketika hadir di pejabat SPRM untuk diambil keterangan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!