Jari kanak-kanak cedera tersangkut pada tombol pintu

Anggota bomba mengeluarkan ibu jari tangan kanak-kanak terbabit yang tersangkut pada tombol pintu. -Foto Bomba
Anggota bomba mengeluarkan ibu jari tangan kanak-kanak terbabit yang tersangkut pada tombol pintu. -Foto Bomba
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun cedera selepas ibu jari tangan kanannya tersangkut ketika bermain tombol pintu di rumahnya di sini.

Panik dengan kejadian itu, keluarga kanak-kanak terbabit, Nur Alia Elisya Mohd Bakri bertindak membawa anaknya bersama tombol pintu ke Hospital Sultan Ismail ( HSI) Johor Bahru untuk meminta bantuan.

Pihak hospital kemudiannya mendapatkan bantuan anggota bomba bagi mengeluarkan ibu jari tangan kanan kanak-kanak terbabit.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Kanan II Mohamad Kamal Shaari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.38 malam tadi.

Menurutnya, empat anggota dan sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke HSI bagi membantu mangsa.

"Peralatan khas digunakan bagi mengeluarkan ibu jari tangan kanan mangsa dari tombol pintu. Pihak bomba mengambil masa 30 minit untuk memotong tombol tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!