EXA Malaysia 2024: CEO Yayasan Pahang dinobat ‘Most Inspiring Leader’

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Most Inspiring Leader’ Employee Experience Awards (EXA) Malaysia 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Most Inspiring Leader’ Employee Experience Awards (EXA) Malaysia 2024.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Most Inspiring Leader’ Employee Experience Awards (EXA) Malaysia 2024, menewaskan enam lagi finalis mewakili syarikat-syarikat terkemuka tempatan dan luar negara.

Beliau berkata, budaya 'buat sampai jadi' menjadi asas kepimpinannya bagi seluruh peringkat pengurusan di Yayasan Pahang, menjadikan semua kakitangan mampu melaksanakan tugasan dengan jayanya.

"Bagi saya semua orang perlu laksanakan peranan masing-masing.

"Ketua kena laksanakan peranan ketua, kalau pemandu laksanakan peranan sebagai pemandu dan kerani kena laksanakan peranan kerani.

“Jadi secara keseluruhan kita kena tahu apa tugas apa nilai yang kita bawa kepada organisasi, jadi saya rasa itulah bukan tertakluk kepada ketua semata-mata,” katanya selepas menerima anugerah tersebut baru-baru ini.

EXA 2024 merupakan penganjuran kali keempat bertujuan meraikan kejayaan, pencapaian dan inovasi landskap sumber manusia dalam pelbagai sektor industri di Malaysia antaranya Petronas, BDO, Accenture, Telekom Malaysia, Pos Malaysia, CIMB dan Alliance Bank.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut Mahmud berkata, beliau tidak terlepas daripada berdepan cabaran sepanjang 32 tahun berada di Yayasan Pahang khususnya ketika negara berdepan pandemik Covid-19 pada 2020 lalu.

Katanya, keadaan itu menyebabkan berlakunya masalah kekurangan tenaga sehingga menjejaskan pendapatan utama Yayasan Pahang daripada ladang kelapa sawit.

Mahmud dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Most Inspiring Leader’ Employee Experience Awards (EXA) Malaysia 2024.
Mahmud dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Most Inspiring Leader’ Employee Experience Awards (EXA) Malaysia 2024.

“Ketika itu kami tidak ada pekerja, jadi buah tidak boleh dikutip dan menyebabkan Yayasan Pahang kekurangan pendapatan.

"Jadi apa yang kita laksanakan untuk mengatasinya ialah cuba melatih tenaga kerja tempatan memandangkan pada ketika pandemik, tenaga pekerja luar tidak lagi boleh dibawa masuk.

“Susulan dengan pendekatan sedemikian, Yayasan Pahang berjaya mencapai sehingga 80 peratus hasil pengeluaran berbanding syarikat lain yang mana kita dapati sekadar 50 peratus sahaja,” katanya.

Tidak mahu lagi toleh ke belakang, beliau berkata, Yayasan Pahang telah menyusun pelan strategiknya sehingga 2028 dengan mensasarkan pendapatan diperoleh sekurang-kurangnya RM1 bilion berbanding pendapatan semasa yang telah mencecah RM550 juta.

“Untuk mensasarkan kejayaan tersebut Yayasan Pahang perlu berusaha lebih keras menggandakan pendapatan bagi meneruskan pelbagai bantuan dan aktiviti untuk masyarakat Pahang.

"Perlu diingat kita tidak boleh berada dalam keadaan selesa, malahan perlu juga cuba benda baru untuk sentiasa membuat penambahbaikan tidak kira di semua peringkat khususnya di Yayasan Pahang.

Mahmud (lima dari kiri) dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Most Inspiring Leader’ Employee Experience Awards (EXA) Malaysia 2024.
Mahmud (lima dari kiri) dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Most Inspiring Leader’ Employee Experience Awards (EXA) Malaysia 2024.

"Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pahang dan ahli-ahli lain yang sentiasa memberi idea bernas dan sokongan padu termasuk semua kakitangan yang telah bekerja keras," ujarnya.

Untuk rekod Yayasan telah berjaya memenangi pelbagai anugerah peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa.

Antara kejayaan besar Mahmud yang mengetuai Yayasan Pahang adalah berjaya membawa Maahad Tahfiz Negeri Pahang muncul tempat teratas di Malaysia dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!