MDSB wajibkan semua premis makanan pasang perangkap minyak

Salah seorang penguat kuasa kesihatan MDSB membuat pemeriksaan di salah sebuah premis makanan di daerah Sabak Bernam.
Salah seorang penguat kuasa kesihatan MDSB membuat pemeriksaan di salah sebuah premis makanan di daerah Sabak Bernam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Semua premis makanan di daerah Sabak Bernam diwajibkan memasang perangkap minyak berkuat kuasa serta-merta.

Yang Dipertuanya, Azman Dahlan berkata, MDSB amat tegas dan memandang berat isu ketiadaan perangkap minyak di premis perniagaan.

Menurut beliau, keengganan pemilik premis memasang perangkap minyak boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 65 Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Daerah Sabak Bernam) 2007, iaitu denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Jika kesalahan ini masih dilakukan lagi setelah pensabitan, pelesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Azman berkata, setiap pemilik premis hendaklah memasang perangkap minyak bersesuaian di bahagian saluran paip pembuang selepas sinki basuhan sebelum ke bahagian pembuang terus ke longkang.

Ujar beliau, perangkap minyak hendaklah diselenggara oleh pemilik, pelesen atau pekerja premis masing-masing secara harian atau mingguan mengikut kesesuaian.

Bagaimanapun, katanya, jadual penyelenggaraan perangkap minyak wajib dipamerkan dan penyelenggaraan oleh pekerja hendaklah dilaksanakan sebagaimana ditunjukkan jadual.

"Bahagian lemak, minyak dan gris (FOG) pada perangkap minyak hendaklah dibuang ke dalam plastik sampah hitam sebelum dilupus ke tong sampah serta dilarang membuang mana-mana bahagian FOG ini ke longkang," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!