[VIDEO] Permintaan PM noktah miskin tegar di Sabah satu cabaran - Masidi

A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah menganggap permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar miskin tegar di negeri ini dinoktahkan akhir Julai ini sebagai cabaran.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat mingguan kabinet negeri dua minggu lalu.

Menurutnya, pelbagai strategik dan kaedah telah diperkenalkan untuk memastikan jumlah golongan dalam kategori miskin tegar akan berkurangan.

Masidi (tiga dari kiri) menyaksikan pihak SESB dan SPRM menandatangani MoU dan Ikrar Bebas Rasuah di SICC Kota Kinabalu.
Masidi (tiga dari kiri) menyaksikan pihak SESB dan SPRM menandatangani MoU dan Ikrar Bebas Rasuah di SICC Kota Kinabalu.

"Kita tidak memilih 'time line' itu sendiri, bagi kita itu cabaran untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

"Kita lebih memikirkan kaedah mampan yang boleh melepasi di masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Anwar baru-baru ini yang mahu miskin tegar di Sabah dinoktahkan pada akhir Julai tahun ini.

Katanya lagi, menurut tafsiran beliau, jangka masa yang diberikan itu sebagai gambaran perkara berkenaan serius untuk ditangani.

Artikel Berkaitan:

"Soal kita dapat mencapai atau tidak, bagi saya tidak sepenting daripada usaha yang dilipatgandakan untuk memastikan kita capai basmi kemiskinan secara keseluruhan," katanya.

Sebelum itu Masidi turut menyempurnakan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan SPRM dan Ikrar Bebas Rasuah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!