15 rumah setinggan atas air terbakar

Antara rumah setinggan yang terbakar di kawasan atas air bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu.
Antara rumah setinggan yang terbakar di kawasan atas air bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 15 rumah haram musnah terbakar dalam kejadian di kawasan setinggan atas air bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam, di sini pada Isnin.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dipercayai berlaku akibat litar pintas ketika operasi merobohkan rumah setinggan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.53 tengah hari.

"Pasukan bomba hanya menerima panggilan setelah kebakaran berlaku dan tidak terlibat dalam operasi yang dilaksanakan pihak berkuasa.

Pasukan bomba hadir ke lokasi kebakaran di kawasan penempatan setinggan atas air bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu.
Pasukan bomba hadir ke lokasi kebakaran di kawasan penempatan setinggan atas air bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu.

"Sebaik tiba, pasukan bomba terpaksa meredah kawasan berair kerana laluan untuk jentera masuk ke lokasi selain jambatan telah rosak dan roboh," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan mendapati kesemua rumah tersebut telah terbakar sepenuhnya dan pasukan bomba menjalankan operasi memadamkan bara serta memastikan api tidak merebak.

"Punca kejadian masih dalam siasatan. Terdapat sedikit kelewatan kerana keadaan lokasi yang kurang selamat susulan terdapat wayar elektrik yang disambung secara haram," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!