Polis siasat pasangan tunggang skuter elektrik di Bukit Bintang

Tangkap layar rakaman video memaparkan pasangan yang menaiki skuter elektrik di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Tangkap layar rakaman video memaparkan pasangan yang menaiki skuter elektrik di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis siasat kes tular dua individu menunggang skuter elektrik di Jalan Bukit Bintang, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, video tular itu dikesan pihaknya pada Isnin.

"Siasatan awal mendapati, perbuatan pasangan tersebut yang menunggang skuter elektrik di jalan awam boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan raya yang lain.

"Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima daripada mana-mana pihak atau saksi yang boleh mengesahkan tarikh dan masa sebenar kejadian tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, identiti pasangan terbabit juga masih dalam tindakan untuk dikenal pasti.

Tambahnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes diklasifikasi di bawah 3(1) P U (A) 453/2021.

Menerusi rakaman berdurasi 15 saat itu, kelihatan dua individu dipercayai warga asing menaiki skuter elektrik di laluan kenderaan dengan cuba melintas ke lorong lain.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!