Nafas umum dividen Dana Peladang Kebangsaan 9 peratus

Nafas mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 sebanyak sembilan peratus untuk Skim Pelaburan Khas Peladang. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
Nafas mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 sebanyak sembilan peratus untuk Skim Pelaburan Khas Peladang. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan (DPK) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 sebanyak sembilan peratus untuk Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, DPK mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM16.2 juta dengan keseluruhan agihan dividen dan bonus sebanyak RM12.2 juta bagi tempoh sama.

"Peratusan agihan pula adalah 76 peratus daripada keuntungan bersih yang memberi manfaat kepada 8,500 pelabur," katanya ditemui pemberita selepas mengumumkan kadar dividen DPK 2023 di sini pada Isnin.

Mohamad menyampaikan ucapan pada pengumuman Kadar Dividen Skim Pelaburan Khas Peladang - Dana Peladang Kebangsaan pada Isnin. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
Mohamad menyampaikan ucapan pada pengumuman Kadar Dividen Skim Pelaburan Khas Peladang - Dana Peladang Kebangsaan pada Isnin. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

Ujar beliau, kadar dividen dan bonus yang diisytiharkan itu masih kompetitif berbanding dengan kadar dividen yang diisytiharkan oleh institusi kewangan dan pelaburan terkenal di negara ini.

"Dividen ini lebih tinggi daripada badan-badan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa yang lain. Kita harap Nafas akan terus meningkatkan prestasi pada masa akan datang.

Mohamad (tengah) ketika melancarkan pengumuman Kadar Dividen Skim Pelaburan Khas Peladang - Dana Peladang Kebangsaan pada Isnin. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
Mohamad (tengah) ketika melancarkan pengumuman Kadar Dividen Skim Pelaburan Khas Peladang - Dana Peladang Kebangsaan pada Isnin. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

"Bukan mencapai keuntungan kerana dilindungi oleh kerajaan tetapi kita mahu ia menjadi satu badan kompetitif dan boleh bersaing dengan badan-badan swasta lain yang terlibat dalam perniagaan dan tidak kurang atau tidak berlaku ketirisan dan sebagainya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu DPK, Datuk Ali Shikh Ahmad dan Pengurus Besar Nafas, Muhammad Faris Arriffin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!