Polis terus siasat kehilangan cikgu Istiqomah sejak Disember tahun lalu

Istiqomah yang masih hilang sehingga ke hari ini.
Istiqomah yang masih hilang sehingga ke hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Polis masih meneruskan siasatan berhubung kehilangan seorang wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang dilaporkan hilang sejak 26 Disember 2023 lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, laporan berhubung kehilangan tersebut diterima pada jam 12.36 tengah malam, 27 Disember 2023.

“Ya, laporan mengenai kes ini ada diterima dan kes masih dalam siasatan serta usaha mengesan juga masih diteruskan,” katanya pada Isnin.

Berita mengenai kehilangan Istiqomah mula tular di media sosial, setelah guru Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3, Pasir Gudang, itu tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, kereta serta kunci kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan ditemui di sekitar Lotus Kota Masai, 27 Disember sekitar jam 2 petang.

Justeru, pihak keluarga memohon bantuan orang ramai yang memiliki sebarang maklumat mengenai Istiqomah atau ada terjumpa dengannya agar berhubung terus dengan Mohd Yusof Mokhtar di talian 019-6919062, Saliha Ya (017-9052746) dan Johari (019-7049561).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!