'Segelintir pemimpin tidak patuh Rukun Negara'

Ivlynn Yap
Ivlynn Yap
A
A
A

SHAH ALAM - Isu perpaduan dan agama yang hangat diperkatakan ketika ini berpunca daripada sikap segelintir pemimpin yang tidak mengamalkan prinsip Rukun Negara, kata Pengasas dan Ketua Penasihat Komunikasi Krisis, Citrine One Sdn Bhd, Ivlynn Yap Cheng Theng.

Menurutnya, percakapan dan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin berkenaan mempengaruhi penyokong mereka dan disebarkan di media sosial.

"Isu ini merupakan tanggungjawab beberapa lapisan masyarakat.

"Pertamanya adalah pemimpin," kata selaku panelis Wancana Sinar Harian Siri 151 bertajuk Rukun Negara: Di Manakah Nilai-Nilai Hidup Rakyat Malaysia? di Dewan Karangkraf di sini malam tadi.

Wacana tersebut turut dibarisi dua panelis lain iaitu Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Profesor Madya Datuk Dr Marzuki Mohamad dan Pensyarah Sosialis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Arba, Azlan Shah Nabees Khan sebagai moderator.

Menurut Ivylnn, pemimpin terutama dalam kalangan wakil rakyat perlu kembali patuh kepada prinsip Rukun Negara agar diteladani rakyat.

Katanya, rakyat di peringkat akar umbi sebenarnya tidak menghadapi masalah mengenai isu perpaduan dan agama namun ia dihangatkan di kalangan pemimpin.

Artikel Berkaitan:

"Dulu pergi rumah terbuka (perayaan) boleh bersama-sama tetapi sekarang sudah rasa takut.

"Oleh itu saya sokong sepenuhnya kempen Uninstall Kebencian, Reboot #MalaysiaHarmoni," katanya.

Dalam pada itu Ivlynn berkata, setiap rakyat di negara ini perlu memperkenalkan diri sebagai Rakyat Malaysia sebagai satu identiti kerana Melayu, Cina, India dan etnik lain hanya sekadar keturunan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!