KPT perlu usaha sama kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi

Zambry. Foto Bernama
Zambry. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara dan memerlukan usaha sama berterusan pihak kerajaan negeri.

Perkara itu dinyatakan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam mesyuarat bersama Exco dan Timbalan Exco pendidikan negeri di Putrajaya pagi tadi.

Beliau berkata, mesyuarat rasmi pertama itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud serta pengurusan tertinggi KPT.

"Dalam mesyuarat ini, kementerian telah berkongsi serta menyalurkan maklumat kepada pihak kerajaan negeri berkaitan perkembangan semasa dan hala tuju terkini pendidikan tinggi negara termasuk perancangan membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Melalui platform itu katanya, pihak kerajaan negeri juga berpeluang mengetengahkan isu dalam pelaksanaan operasi pendidikan tinggi di negeri masing-masing antara lain berkaitan kebajikan mahasiswa, pemerkasaan Institut Pendidikan Tinggi Negeri (IPTN) dan pengukuhan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Selain itu kolaborasi industri dan juga peluang kerjasama dalam mengukuhkan hubungan strategik antara KPT dan kerajaan negeri bagi memastikan ekosistem sektor pendidikan tinggi negara pada tahap yang terbaik.

Menurutnya pertemuan seperti itu akan diadakan secara berkala bagi membincangkan perihal pendidikan tinggi negara dari semasa ke semasa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!