Seni Origami
Orang Kurang Upaya (OKU) warga emas, Mohd Zain Dollah, 73, menunjukkan origami berbentuk cenderahati yang dibuatnya untuk dijual melalui media sosial.
Antara cenderahati yang dibuat adalah bakul telur, raga dan tempat meletak bunga yang dijual dengan harga antara RM2 hingga RM50.
Walaupun dilahirkan cacat tangan dan kaki namun hobinya itu mendapat sambutan malah pelanggannya ada dari Brunei dan Singapura.
Menetap di Kampung Bukit Kechik, di Tanah Merah, beliau yang mengalami kecacatan di kedua-dua tangan, jari dan kaki sejak lahir mampu menyiapkan 10 origami berbentuk angsa dalam sehari.
Beliau berkata meskipun hobi itu dianggap agak meremehkan kerana perlu memberikan tumpuan dan memakan masa yang lama namun tidak bagi dirinya.
Walaupun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) langsung tidak mematahkan semangat warga emas it untuk terlibat dalam seni origami bagi menambah pendapatan. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!