KPDN Pahang kesan cubaan seleweng diesel bersubsidi

Antara individu yang dikesan dan disyaki cuba menyeleweng minyak diesel bersubsidi dengan membuat pembelian dan mengisi ke dalam tong melebihi had yang dibenarkan tanpa permit.
Antara individu yang dikesan dan disyaki cuba menyeleweng minyak diesel bersubsidi dengan membuat pembelian dan mengisi ke dalam tong melebihi had yang dibenarkan tanpa permit.
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang mengesan dua aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi hasil pemeriksaan rambang ke atas 45 stesen minyak di sini pada Isnin.

Pengarahnya, Jezlily Jamaludin berkata, hasil pemeriksaan itu, pasukan penguat kuasa KPDN Pahang menahan tiga individu yang disyaki cuba menyeleweng

minyak diesel bersubsidi dengan membuat pembelian dan mengisi ke dalam tong melebihi had dibenarkan tanpa permit.

Menurutnya, KPDN Pahang turut mengambil tindakan ke atas sebuah stesen minyak kerana bersubahat membenarkan pembelian minyak diesel melebihi kuantiti dibenarkan tanpa permit yang sah.

"Selain itu, tindakan sitaan juga dibuat keatas 630 liter minyak diesel bernilai RM1,354 beserta dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Innova yang

digunakan dalam aktiviti tersebut.

"Turut dirampas beberapa peralatan lain dengan nilai rampasan keseluruhan RM191,354.50," katanya melalui kenyataan di sini.

Jezlily berkata, tiga kertas siasatan dibuka ke atas dua individu serta stesen minyak terbabit dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Artikel Berkaitan:

"Individu terlibat telah ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu katanya, KPDN memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan.

"Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah AKB 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta," tegasnya.

Jezlily berkata, pemeriksaan ke atas stesen minyak itu dijalankan susulan pengumuman kerajaan berkenaan perlaksanaan Penyasaran Subsidi Diesel yang berkuat kuasa pada 10 Jun lalu.

"Langkah itu bagi memastikan aktiviti penyelewengan subsidi diesel di stesen minyak tidak berlaku termasuk keengganan menjual minyak diesel, penutupan stesen minyak, elemen pam rosak, penjualan bersyarat dan menyorok bekalan bagi tujuan mengaut keuntungan lebih oleh pemilik stesen selepas harga diesel dinaikkan," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!