Polis cari pemandu 4x4 rempuh dinding perumahan

Tangkap layar daripada CCTV menunjukkan pacuan empat roda berkenaan telah merempuh dinding perimeter kawasan perumahan terbabit dalam kejadian petang semalam.
Tangkap layar daripada CCTV menunjukkan pacuan empat roda berkenaan telah merempuh dinding perimeter kawasan perumahan terbabit dalam kejadian petang semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dipecrayai jenis Toyota Hilux yang terbabit dalam kemalangan berhampiran kawasan perumahan di Jalan Persiaran Rebab, Prencint 12, Taman Desa Tebrau pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, insiden berkenaan dipercayai berlaku pada jam 5.38 petang apabila kenderaan pacuan empat roda terbabit telah melanggar hingga merosakkan dinding perimeter bagi kawasan perumahan di situ.

“Kita mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan ini daripada pengawal keselamatan kawasan perumahan berkenaan pada jam 9.57 malam, Isnin.

“Buat masa ini, kita masih mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan, namun berdasarkan semakan di kamera litar tertutup (CCTV), nombor plat kenderaan terbabit tidak jelas,” katanya pada Selasa.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN) 1959.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!