Isteri baru dikahwini maut, suami parah tercampak dari kenderaan

Kereta Perodua Bezza yang dinaiki mangsa terbabas dan hilang kawalan serta terbalik sebelum kedua-duanya tercampak keluar.
Kereta Perodua Bezza yang dinaiki mangsa terbabas dan hilang kawalan serta terbalik sebelum kedua-duanya tercampak keluar.
A
A
A

BINTULU - Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran Estet Ladang Tatau, Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju, di sini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.22 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan tiga anggota segera diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kidurong.

Tiba sekitar jam 8.01 pagi, pasukan mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan Perodua Bezza yang dinaiki pasangan itu terbabas, hilang kawalan dan terbalik, sebelum kedua-duanya tercampak keluar dari kenderaan.

Mangsa, Nur Fariha Abu Bakar Ashe’ari, 24, dari Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Fasa 2 Tanjung Kidurong disahkan meninggal dunia di lokasi oleh paramedik Hospital Bintulu.

Suaminya, Awang Azizan Awang Adenan, 25, yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke hospital.

Jelas Henderi, difahamkan kedua-dua pasangan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!