Pembangunan kemudahan chatbot dalam WhatsApp masuki peringkat akhir

Fahmi berswafoto bersama sebahagian kakitangan Kementerian Komunikasi selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Kompleks Kementerian Komunikasi pada Selasa. Foto Bernama
Fahmi berswafoto bersama sebahagian kakitangan Kementerian Komunikasi selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Kompleks Kementerian Komunikasi pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dalam proses akhir membangunkan kemudahan chatbot dalam aplikasi WhatsApp bagi mengekang penularan berita palsu, kata Menteri berkenaan Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Meta Platforms Inc (Meta) dalam masa terdekat mengenai perkara itu.

"Waktu ini ada beberapa isu teknikal sedang diteliti. Kita juga sedang berusaha pastikan aplikasi berkenaan dapat menjawab isu-isu dibangkitkan terutama dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Inggeris dan sebagainya.

"Pada ketika kita rasmikan nanti, mungkin akan ada beberapa bahasa utama, tapi kita akan kembangkan (bahasa lain) sebab ia berteraskan AI (kecerdasan buatan)," katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi bulan Jun 2024 di sini pada Selasa.

Terdahulu, semasa berucap Fahmi berkata, sementara menunggu aplikasi chatbot itu dilancarkan, beliau menyeru warga Kementerian Komunikasi untuk menjadi barisan paling hadapan melawan fitnah yang tersebar dalam media sosial termasuk WhatsApp, bagi memastikan komunikasi yang tepat sampai kepada rakyat.

"Saya berharap sehingga aplikasi itu kita rasmikan, kita juga memainkan peranan untuk meneliti apa yang disampaikan dalam WhatAspp, media sosial, sekiranya sebarang maklumat itu tidak tepat, maka kita perlu betulkan dengan baik dan tertib dengan menyampaikan fakta.

"Pasukan di kementerian ini perlu menjadi barisan paling hadapan untuk menentang dan melawan fitnah," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!