MOTAC gantung lesen syarikat pengendali umrah langgar akta

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memutuskan menggantung lesen sebuah syarikat pengendali umrah selama lapan bulan 12 hari berkuat kuasa 20 April lalu sehingga 31 Disember 2024.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memutuskan menggantung lesen sebuah syarikat pengendali umrah selama lapan bulan 12 hari berkuat kuasa 20 April lalu sehingga 31 Disember 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memutuskan menggantung lesen sebuah syarikat pengendali umrah selama lapan bulan 12 hari berkuat kuasa 20 April lalu sehingga 31 Disember 2024.

MOTAC menerusi satu kenyataan berkata, dalam tempoh penggantungan lesen itu, syarikat tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej dan mengambil jemaah umrah.

"Penggantungan lesen syarikat ini selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] di bawah subseksyen 8(1)(b) iaitu pengusaha pelancongan berlesen melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana peruntukan akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

"Tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian, subseksyen 8(1)(d) iaitu telah menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara," katanya pada Selasa.

Tambahnya, dalam tempoh penggantungan ini juga, syarikat tersebut dikehendaki memulangkan semula bayaran dan apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan syarikat.

Jelasnya lagi, sekiranya didapati syarikat berkenaan melanggar syarat, tindakan pembatalan lesen boleh diambil dan tiada pembaharuan akan dibenarkan setelah habis tempoh.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: