Kilang terbakar, lelaki Bangladesh melecur
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30an itu melecur pada bahunya.
"Mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Hafisham berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.12 pagi sebelum sepasukan 33 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, Pandan dan Ampang bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, kilang tersebut terbakar 80 peratus.
"Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal pada jam 4.19 pagi," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!