Jet pejuang Su-34 Rusia terhempas di Ossetia Utara

Pesawat Su-34 Tentera Aeroangkasa Rusia terhempas di kawasan pergunungan di Republik Ossetia Utara-Alania semasa menjalani latihan penerbangan. Foto Reuters
Pesawat Su-34 Tentera Aeroangkasa Rusia terhempas di kawasan pergunungan di Republik Ossetia Utara-Alania semasa menjalani latihan penerbangan. Foto Reuters
A
A
A

MOSCOW - Sebuah jet pejuang Su-34 milik Tentera Aeroangkasa Rusia terhempas di Ossetia Utara pada Selasa selepas mengalami masalah teknikal hingga mengorbankan seorang anak kapal, lapor Xinhua memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

"Sebuah pesawat Su-34 Tentera Aeroangkasa Rusia terhempas di kawasan pergunungan di Republik Ossetia Utara-Alania semasa menjalani latihan penerbangan.

"Pesawat itu terhempas di kawasan yang tidak berpenghuni, namun seorang anak kapal terbunuh," menurut kementerian itu. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!