Ahmad Zahid ziarah Wan Rosdy di IJN

Ahmad Zahid (kiri) menziarahi Wan Rosdy (kanan) yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) petang Selasa. Foto Facebook Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (kiri) menziarahi Wan Rosdy (kanan) yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) petang Selasa. Foto Facebook Ahmad Zahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Menteri Besar ,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) petang ini.

Menerusi catatan di Facebook pada Selasa, Ahmad Zahid berkata, keadaan Wan Rosdy semakin pulih selepas menjalani pembedahan.

"Alhamdulillah, prosedur pembedahan beliau telah berjalan dengan baik dan keadaan kesihatan beliau, saya lihat semakin pulih," katanya.

Ahmad Zahid turut memohon semua, khususnya rakyat Pahang untuk bersama-sama mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan keafiatan serta kembali pulih seperti sediakala.

Wan Rosdy selesai menjalani prosedur pembedahan di IJN pada Jumaat lalu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!