Peniaga rugi RM1.2 juta labur perniagaan barang lusuh

Mangsa warga tempatan berusia 48 tahun tampil membuat laporan polis mengenai penipuan tersebut pada 10 Jun lalu selepas menyedari ditipu.
Mangsa warga tempatan berusia 48 tahun tampil membuat laporan polis mengenai penipuan tersebut pada 10 Jun lalu selepas menyedari ditipu.
A
A
A

IPOH - Seorang peniaga berputih mata apabila kerugian RM1.2 juta selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan perniagaan barang-barang lusuh yang dibuat dua tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa warga tempatan berusia 48 tahun tampil membuat laporan polis mengenai penipuan tersebut pada 10 Jun lalu selepas menyedari ditipu.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa berkenalan dengan seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan pada pertengahan tahun 2022.

"Suspek telah menawarkan satu pelaburan perniagaan barang lusuh yang kononnya mendatangkan keuntungan empat peratus sebulan dari modal yang dilaburkan dan hanya 18 bulan diperlukan untuk mendapatkan pulangan modal tersebut.

"Oleh kerana tertarik dengan tawaran tersebut, pada 6 Ogos 2022 mangsa telah mengeluarkan tiga keping cek dengan jumlah keseluruhan bernilai RM1.2 juta kepada suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Yusri berkata, bagaimanapun pada Februari 2024, mangsa bertemu dengan suspek untuk mendapatkan pulangan pertama yang dijanjikan tetapi suspek memberi pelbagai alasan.

Menurutnya, disebabkan itu barulah mangsa menyedari bahawa pelaburan tersebut sebenarnya tidak wujud dan mengesyaki telah ditipu.

Sehubungan itu katanya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan yang ditawarkan secara atas talian yang dipromosikan melalui laman sosial ataupun secara bersemuka.

"Lakukan semakan dengan agensi yang berkaitan sebelum mengambil keputusan untuk menyertai skim pelaburan tersebut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!