Anak Joe Biden didapati bersalah dalam perbicaraan senjata api

Hunter Biden. Foto Reuters
Hunter Biden. Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Pihak juri mendapati anak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Hunter Biden, bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dalam perbicaraan senjata api persekutuan, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik beberapa laporan media pada Selasa.

Hunter Biden dituduh membuat kenyataan palsu semasa membeli senjata api pada Oktober 2018 dan menyembunyikan ketagihan dadahnya pada masa itu. Dia berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.

Namun, tidak jelas seberat mana berat hukuman akan dijatuhkan oleh hakim yang bertanggungjawab, memandangkan Hunter Biden tidak mempunyai rekod jenayah.

Presiden AS sebelum ini telah berkata bahawa beliau tidak akan mengampuni anaknya sekiranya dia disabitkan kesalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!