Dua faktor risiko tinggi keracunan makanan

Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Redzwan
Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Redzwan
A
A
A

SHAH ALAM - Penyediaan bahan tercemar dan membiarkan makanan terdedah dalam jangka masa lama adalah antara faktor risiko tinggi berlakunya keracunan hingga boleh membawa maut.

Pensyarah Kanan Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Redzwan Sabran berkata, pihak yang mengendali makanan seharusnya peka dengan keadaan tersebut.

“Apabila bahan makanan untuk dimasak itu telah tercemar dan membiarkan makanan terdedah dalam tempoh lama iaitu lebih empat jam selepas dimasak akan menyebabkan berlakunya pembiakan bakteria.

“Disebabkan itu, cara pengendalian makanan amat penting bagi memastikan hidangan disediakan selamat serta bebas daripada sebarang pembiakan bakteria,” katanya.

Mohd Redzwan yang juga pakar keselamatan makanan berkata, pihak penyedia makanan juga harus memastikan makanan perlu dimakan dalam tempoh empat jam selepas dimasak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!